Budget 2013: Antara Gula Dan SmartPhone

So hello gedik-gedik gurl dan jejaka tampan sekalian..


I tell you what, hari ni genap dh seminggu perbentangan budget 2013..ada yang suka,ada yang tak berapa nk suka, ada juga yg sampai skang tak tahu langsung mengenai perkembangan status quo yg berlaku dlm negara skang tapi tidak mengapa lah..moh teman citer serba sedikit mengenai intipati budget 2013 ini..


MATLAMAT INTIPATI BAJET 2013
Untuk BAJET 2013 Malaysia, kerajaan menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 Bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada KESEJAHTERAAN RAKYAT dan pembangunan negara. BAJET 2013 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Dengan Tema MEMAKMUR NEGARA, MENSEJAHTERA RAKYAT : SEBUAH JANJI DITEPATI.

Untuk entry kali ni aku nk tulis mengenai “BUDGET 2013: ANTARA GULA DAN SMARTPHONE”

Nmpk tajuk cm pelik je kan..before aku teruskan penulisan ni ..

aq nk Tanya korang, korang tahu atau pon tak atau buat-buat tak perasan harga #GULA naik RM0.20 Aka Kerajaan bersetuju untuk tarik balik subsidi RM0.20??? (xsure GOv tarik time bentang budget belanjawan atau after bentang belanjawan)...Pelik gak aku tgk berita atau surat khabar yang menggunakan tajuk "Subsidi gula dikurangkan 20sen sekilo". Kenapa tidak terus straight to the point je said "Harga gula naik 20sen sekilo"? Ada beza ke??


[ ilustrasi karikatur Metro 5/10/2012]

Reason utama kenapa kerajaan buat cmtu adalah sebab rakyat Malaysia yang menghidap diabetes but aku sebagai seorang rakyat marhaen dan jugak gaji mak bpk aq xmacam mak bpk korang yg rata-ratanya bergaji Rm4000 dan keatas, just wonder adakah peniaga makanan dan minuman akan #Mengurangkan gula dalam produk mereka? adakah peniaga makanan dan minuman yang mengunakan gula akan #Masih lagi mengekalkan harga pada kadar yg sama?? Contohnya, kalau kuih tu tawar macam biskut mayat, siapa nak beli? Kalo harga tak naik pon saiz kuih tu akan semakin mengecil dan jgn terkejut lah kalo harga The “O” ais akan jadi RM1.50 (persis kedai mamak)..bgtau aku makanan apa yg korang mkn tak menggunakan gula sebagai element tambah rasa ??

[ #DsNajib]

Memang satu inisiatif yang ditunggu-tunggu oleh belia bagi memiliki telefon pintar ni. Sekarang ni pun harga telefon pintar dah murah. Maka ramailah lagi belia-belia akan beli smartphone dan hopefully mereka akan menggunakan telefon ini bagi perkara-perkara berfaedah.

Apa pandangan semua mengenai pemberian rebat kepada belia bagi membeli smartphone. Adakah ianya benar-benar perlu ataupun duit sebanyak RM300 juta tu patut digunakan untuk perkara-perkara yang lebih diperlukan?


[ ilustrasi karikatur Belanjawan pengumuman pemberian Rebate RM200]


Secara overall aku merasakan ad something wrong lah dgn budget 2012..how come tarik subsidi gula RM0.20 sen but rebate RM200 untuk smart phone ?? just wonder

Aku bukan pelajar jurusan ekonomi mahupon pensyarah jurusan ekonomi jauh skali penganalisis ekonomi, tp pada aku keperluan tanggungjawab kerajaan untuk meletak kepentingan dalam hieraki pengurusan mana yg lebih penting dlm budget2013..contohnya kepentingan untuk bg rebate RM200 untuk smart phone tapi kemudian kurangkan subsidi gula 20sen..Analogi nya mudah..before ni harga Teh “O” ais RM1.00 but skang dh jd RM1.50 coz peniaga naikkan harga untuk tampung perbelanjaan...how bdak2 yg gaji mak bpk depa bwh 3K nk survive hidup d Uni..


[Luahan Rasa..p/s: xdak kena mengena langsung ngan tajuk]

bukan x bersetuju dgn pemberian kerajaan kpd golongan belia but GOLONGAN YG MANA YG AKAN BELI SMART PHONE NIH ?? golongan yg kaya raya kan..tp kalo geng2 rakyat marhean mereka xda kepasiti ni..drpd beli phone mahai2..better beli benda yg lain coz pd mereka phone ni cukup sekadar bole SMS dan call..Gula itu satu keperluan tp smartphone satu kehendak


Apakah faedahnya ? Sejumlah RM300 juta diberikan kepada belia hanya semata-mata untuk menggalakan penggunaan telefon pintar dan ekonomi dapat berkembang ? belia kalo beli smartphone nk bertweeter/Facebook je..bukan nk sgt buat reasech ilmiah..Daripada Bagi Duit Beli Phone, Lagi Baik Bagi Duit Beli Rumah atau tanggung hutang org yg berhutang !

[Kata Mereka]


Aku tertarik dgn posting rakan sebeLOG aku http://www.szlihin.com

Rebat pembelian smartphone 3G sebanyak RM200 diberikan untuk belia berusia 21-30 tahun berpendapatan kurang RM2000. Sebanyak 300juta diperuntukkan untuk itu. Apa rasionalnya?

Smartphone bukanlah satu keperluan tetapi lebih kepada kehendak. Ada ke yang sanggup nak beli smartphone harga RM1-2K semata-mata nak dapat rebate RM200? Sepatutnya kerajaan galakkan belia jimat berbelanja, bukannya bermewah-mewah. Lagipun, kalau dah kemaruk sangat nak pakai smartphone, sekarang dah banyak yang murah dan mampu milik tanpa perlu rebate pun. Eh, ada tak smartphone harga RM200? Boleh dapat free. lol.

Jangan diorang deal dengan pengedar smartphone untuk letak harga RM200 lebih daripada harga semasa dahla. Contohnya, letak harga RM1000. Lepas tolak rebate, jadi RM800. Walhal sama saja harga tu kalau kita nego. Rebate RM200 hanya untuk mengaburkan mata belia. Tup tup tiba-tiba nanti deal pulak dengan mana-mana pengeluar smartphone untuk jadi pengedar tunggal, kemudian letak jenama 1Malaysia macam netbook yang tak berkualiti tu. Hancur la..


Kalau benar nak tolong belia, lebih baik rendahkan nilai prepaid dan kadar panggilan. Baru jimat bil harian. Ini aku baru topap RM10 semalam, 2 hari dah kong. Padahal tak guna sangat pun. Ntah celah mana diorang sedut caj-caj tersembunyi tu. Dan aku rasa golongan belia berusia 21-30 tahun macam aku ni lebih memerlukan harga rumah dan kereta mampu milik. Bagi yang masih belajar, mungkin perlukan pendidikan percuma. Tapi, kalau dah susah sangat, manfaatkan saja 300juta tu untuk subsidi gula. Lainlah kalau smartphone tu boleh menghasilkan gula setiap kali direndam dalam air.

Tapi once kita fikir balik anailisis terhadap perkara ini bukan sekar melihat pada satu perkara..tapi menyeluruh..pusingan wang mengikut roda basikal...semakin kita kayuh laju, semakin gerak kehadapan...mmg lah tak adil untuk buat perbandingan antara gula dgn smartphone tp perincian perlu diberi terhadap mana lagi yg lebih penting… tapi kalo kita lihat dari aspek ekonomi...bila ramai yg ada 3G, secara tak langsung..syarikt telokomunikasi..akan berlumba2..utk naikkan startgi pemasaran dgn menawarkan pakej yg menarik..sekali gus..bila permintaan suatu brg tu naik, secara automatik, pengguna bertambah..berbagai jenis caj yg akan diknakan seterusnya akn memberi sumbgn pada sektor swasta..kemudian..sektor swasa pula dikenakn caj berupa cukai drpd kerajaan…drpd situlah kerajaan akan generate duit..

Terpulang lah how korang nk interpreate benda nih…


[just wonder Geng-geng Pakatan Rakyat punya budget Alternatif Macam mana erk]

Mungkin lepas nih akan ada mulut cakap-cakap belakang akan ckp “Hoi Azizi, org dh bg..ko xreti bersyukur ke ? “ mohon bc blog nih “ Pak Menteri, Tolong Ajarkan Saya Erti Kesyukuran!”Statement paling xbole blah lg, “KO xpayah ambik pemberian kerajaan nih”.. Hello DUIT KERAJAAN adalah duit rakyat malaysia oke yg dtg drpd cukai-cukai yg korang bayar contohnya cukai rokok,cukai korang pg mkn dkt secret recipe, cukai hiburan (tgk wayang) dan sebagainya..bukan duit poket pak menteri…in simple word, dr rakyat duit tu dtg, kpd rakyat gak lah duit tu kembali




#It was sweet but short on substance


2 comments:

Anonymous said...

ironinya malaysia memang dah corupt...even sape je yang manage(BN,PAS r pape lgi parti), semua adalah sama...sebab pendapatan negara yang beratus berjuta2 bolehlah masuk poket mereke yang manage malaysia yang tercinta ini...tapi siapalah kita nak argue?? umumnya mampukah kita untuk ubah landskap malayasia yang corupt ni?? jawapannya kita boleh tanya diri sendiri...apapun tindakkan saudara azizi bgus n harus dipuji.kerana dapat menyedarkan belia2 yang still sleeping!! apapun berdoalah malaysia terus aman harmoni sampai kite timang cucu amin:)

Anonymous said...

rebat smartphone ada tipunya, tengok la celcom da up harga hp tgok je harga galxy y di pasaran hanya 399, dpt celcom dapat 499 je

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers

Merepek

MeREpek

My photo
JAWATAN RASMI 1. Bekas President klub kipas fadril 2:President klub jejaka tisu 3:President klub hatiku taman firdausi 4:Speaker kelab rongenggan 5:Ahli majlis tertinggi klub suka suki

Thank Stalkers