The Ganeral Election Day : Malaysia Memilih 2013
Apr
27
welll hello there para macai-macai sekalian alam yang menyokong Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mungkin mendokong calon bebas sekalian alam...assalamualikum dan salam sejahtera kepada macai-macai BN dan PR sekalian alam…
[Pengumuman Pembubaran Parlimen dan pengumuman Pilihanraya 2013 daripada DSN]
rasanya semua rakyat Malaysia
dah tahu pilihanraya umum yg ke 13 akan diadakan pada 5 Mei 2013 tapi kalo
masih ada yg tidak tahu mksd nya anda mmg tak ambik cakna terhadap arus
perubahan iklim dalaman Negara..tak tau nk cakap apa lah
So at the first place ? siapakah pilihan anda untuk anda pilih sebagai pemimpin ?
Adakah daripada calon Barisan Nasional ataupon Pakatan Rakyat ??
(p/s: saya yakin trend pilihan pengundi masakini adalah berdasarkan bendera parti bukannya kerna kredibiliti seseorang itu sebagai calon, kalo tak masakan wujud soalan YB tak buat kerja)
[BN-UMNO]
VS
[Pakatan Rakyat - Pas/Pkr/Dap]
Dalam sejarah 58 tahun BN baru 3 kali dicabar secara serius oleh pihak pembangkang dalam pilihanraya yakni PRU 1959,1969 dan 2008 sebab tu lah penganalisis politik beranggap bahawa pilihanraya kali ni adalah antara yg paling genting skali kepada kedua-dua belah pihak samaada daripada pihak Barisan Nasional mahupon PR (p/s: abaikan calon bebas even mereka juga boleh beri saingan sengit)
Bagi BN – TEMA nyanyian masih lagi sama “meneruskan survival
bangsa menepati janji”
Bagi PR – “semangat reformasi membawa ketuanan rakyat”
dalam pilihanraya kali ni..ianya bukan soal BN vs PR tapi soal..survival rakyat m'sia..kemana kita selepas pilihanraya nih..makin terbeban atau diringankan beban...anda yg bergaji besar RM3000 dan ke atas mungkin tidak terkesan tapi bagaimana pula dgn rakyat marhean yg lain yg tiada kapasiti itu ?? fikir-fikirkan sebelum anda mengundi
[Ilustrasi karikatur utusan malaysia 28/04/2013]
Dalam kita sibuk diperdengarkan dgn slogan “Ubah” “Selamatkan
Malaysia” daripada pakatan rakyat…
Anda juga harus mengakui bahawa kerajaan yg diterajui oleh Barisan
Nasional sepanjang 58 tahun ini (dulu parti perikatan) juga bukanlah kerajaan
yg tidak baik..Sebagai contoh, segala usaha telah di gemblingkan untuk
memacu negara ke satu tahap yg lebih baik demi mencapai wawasan 2020..Dalam konteks status quo sekarang ini, DS Najib sendiri
telah melancarkan pelan transformasi nasional yg bermatlamatkan untuk
memastikan M’sia salah sebuah Negara yg berpendapatan tinggi (sejujurnya anda akan nmpk pemerintahan DSN nmpak lebih berketerampilan dan lebih menyerlah daripada Pak Lah)(no offence) hatta trending di tweeter dalam konteks penamaan calon-calon daripada Bn..calon yg akan membawa angin perubahan mungkin #BnBaru #BnBagus
Sekiranya anda bertanyakan kepada saya, dalam hieraki untuk
membentuk sesebuah KERAJAAN, mana yg lebih penting dalam konteks
AGAMA/POLITIK/EKONOMI dan lain-lain..
Saya letakkan Agama WAJIB berada di tangga yg paling atas
skali kerna..dalam ingin kita melaksanakan sesuatu dasar/polisi dan sebagainya
dalam pentadbiran politik, bila mana
agama diletakkan
sebagai sandaran dan batu asas yg utama sebagai rujukan maka saya yakin dan
percaya rakyat akan menerima faedah yg lebih baik sebab semua agama
mengajak umat manusia ke arah kebaikan dan tidak ada satu
agama pon di dalam dunia ini yg mahu penganutnya melakukan kemungkaran di muka
bumi ini….justeru itu tidak akan ada lagi istilah kerajaan makan duit rakyat
sebab sah-sah benda tu hukumnya HARAM
selain daripada itu juga..anda semua harus faham..duit
kerajaan dan duit parti adalah duit entiti yg berbeza sama skali dan tak boleh
dicampur-aduk kan.
Duit kerajaan Persekutuan: antara contoh pendapatan yg
dijana oleh kerajaan : cukai-cukai yg dikenakan oleh kerajaan (contoh : Cukai
Perkhidmatan/Cukai korang makan KFC/cukai korang pg tgk wayang)
Duit kerajaan Negeri : Cukai tanah, hasil balak dan
sebagainya
Duit parti : 1. Sumbangan Ahli
2. Duit Yuran
3. Lain-lain
So kalau anda pertikaikan “KALO KO SOKONG PEMBANGKANG JGN
AMBIK DUIT BR1M” kepala hotak ko aku nk ckp..duit BR1M adalam duit rakyat dan
bukan duit poket pak menteri… Dalam erti kata mudah, daripada rakyat duit itu
datang dan kepada rakyat lah duit itu kembali…sekian.. (sebagai contoh kes… “sory
agak offensive..HAHA)..keadaan tetap sama mengenai pemberian BRIM/BAUCAR
BUKU/PENDIDIKAN PERCUMA dan sebagainya daripada pihak kerajaan.
1. Jika Pakatan Rakyat memerintah Negara akan menjadi
REPUBLIK seperti singapura
2. Jika Pakatan Rakyat memerintah Perkara 3, 11, 152, 153
akan terhapus daripada perlembagaan persekutuan.
Biar saya jawab isu ini…jgn bercakap ibarat seolah-olah Negara
ini tiada tiada perlembagaan..untuk membuat dasar perkara pertama ini…
1. kuasa 2/3 di parlimen dan mendapat sokongan ahli-ahli
2. bahas 3 kali di parlimen
3. Dibentang dan dibahas di mahkamah
4. Perlukan 9 tandatangan raja-raja melayu ( untuk Perkara 3,
11, 152, 153 sahaja)
That’s why saya meletakkan surat khabar sebagai media yg
paling tidak boleh dipercayai kerna surat khabar ni asyik kena saman je coz
menaburkan cerita-cerita bohong -_____-
Media massa yg lain pon sama gak…tak jauh bezanya...integriti kewartawanan pon boleh dipersoalkan..tak kiralah daripada mana lidah rasmi tu datang hatta Harakah/suara keadilan sekalipon...
Apa yg paling penting adalah..saya berharap anda tidak
menzahirkan keimanan anda kepada sesuatu parti politik itu sampai anda mati
Mksd nya “jika anda sokong Pakatan Rakyat” ..jgn sokong
mereka sampai mati kerna sampai suatu masa nanti mereka ini juga akan menjadi
buruk perangai..
Jadilah seperti pengundi yg bijak..bila ada parti politik yg
mampu memberi kesejahteraan lebih baik daripada satu parti politik yg lain..so
sokong lah mereka…
Jika mereka teruk..hukum dan hakimi mereka dgn Pilihanraya
Umum yg akan datang..
Inikan Negara demokrasi… anda punya hak untuk menzahirkan
sokongan anda terhadap mana-mana parti politik yg anda yakini untuk terus
menerajui Negara..Begitu juga saya..anda bijak dan petah berbicara, saya juga
boleh berdebat jika diajak…
Saya bersifat rasional dalam menzahirkan kepelbagaian
memberi sokongan terhadap parti yg kita yakini mampu memberi kebajikan kepada
kita..
Pada akhirnya, saya sekadar ingin tekankan di sini adalah…
Tolonglah jgn biarkan kerajaan yg akan memerintah nanti
tidak kiralah “Barisan Nasional” mahupon “Pakatan Rakyat” dapat kemenangan 2/3
kerusi parlimen..
Rasional nya adalah, bila kerajaan mendapat kuasa penuh 2/3
kerusi parlimen..mereka akan merasa mudah merasa selesa..(tak bermaksud kemenangan 2/3 itu teruk..sekadar pandangan peribadi saya sahaja)
Analoginya mudah, bila kerajaan sekarang ini telah dinafikan
kuasa 2/3 parlimen dan mng pilihanraya dgn majoriti mudah..rakyat akan mendapat
manfaatnya kerana kedua-dua belah pihak samaada daripada BN mahupon PR akan
menunjuk jaguh untuk menjaga hak rakyat..hasilnya maka keluarlah
BR1M,BB1M,kedai rakyat 1Malaysia,Air Percuma dan sebagainya..
Matlamatnya mudah…menjaga dan mengambil hati rakyat J #RetorikPolitik
Pada hemat saya, sebagai kerajaan yg baik adalah…jgn
bercakap soal “kita pernah buat” “kita akan buat” tapi adalah lebih baik jika “kita
sedang buat”
Itu lebih baik…
jika anda belum pernah melihat atau tak terasa nk pon menonton atau tiada masa manifesto kedua-dua belah parti..di sini saya lampirkan manifesto mereka :
Pakatan Rakyat
[Perbentangan mengenai pendidikan percuma]
Barisan Nasional
dan ini adalah wall posting daripada org yang saya angkat sebagai idola dan saya hormat saya dalam dunia debat..
Ini adalah antara contoh yg ingin saya katakan...one of ignorant peepss..know what..penyokong ni kalo dah jadi terlalu fanatik terhadap sesuatu belah pihak..kalo pemimpin tu kata A , si penyokong ni pon akan mencanang kepada kawannya dgn menokok tambah daripada apa yg dia dgr dan faham daripada pemimpin mereka,,tambah perisa mungkin demi mensedapkan cerita...
Lihatlah sendiri tahap pemikiran mereka yang membenci Tun Dr mahathir. saya rasa, tidak perlu soalan itu diajukan dan disini saya nampak tahap pemikiran mereka yang kolot dan penuh dengan kebencian melampau sehinggakan mengatasi segalanya. Islam? Tetapi memanggil orang lain kafir dan murtad? Sedangkan Allah sendiri tidak akan menghukum hambanya selagi belum tiba masanya (hari perhitungan). Ini lah dia yang dikatakan golongan "holier than thou". Yang merasakan diri suci dari dosa dan merasakan diri sudah cukup bagus. Astagfirullahalazim. Saya terkedu.-- N.A
[Wajib tonton video Math Lutfi- Memilih Pemimpin untuk Noobs]
[channing tatum kepada yg berkenaan]
"sudah-sudah lah bercakap soal bangsa, jgn risau..sampai lubang kubur bangsa anda KEKAL tp kalo bercakap dari aspek agama..belum tentu sampai lubang kubur anda masih lg beragama yg sama"
“Selamat Mengundi”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Powered by Blogger.
- Iklan Raya 2013 Yang Cool
- The Ganeral Election Day : Malaysia Memilih 2013
- Gadget Pilihan 2013:Review Blackberry Z10
- Must Watch English Movies in 2013
- How I finish My Year 2012
- Doa Before Masuk Exam
- Things That Not Cool: Korang Rembat GF/BF Member
- Siapa Tiru Siapa?: The Vow Dan Aku Terima Nikahnya
- Budget 2013: Antara Gula Dan SmartPhone
- Negaraku : Malaysia
- How we finish our study holiday : Frim Kerja Memberat
- 9 Amalan Ramadan Yang Terbalik, Muhasabah Balik!
- The Curse of Long Distance Relationship : Bad things about LDR
- Must Watch English Movie 2012 [UPDATE]
- The Story of us as Bdak Sains Geomatik AP122
Followers
Merepek
MeREpek

- Azizi wRotE
- JAWATAN RASMI 1. Bekas President klub kipas fadril 2:President klub jejaka tisu 3:President klub hatiku taman firdausi 4:Speaker kelab rongenggan 5:Ahli majlis tertinggi klub suka suki
Thank Stalkers
30695
0 comments:
Post a Comment